Salam Perpaduan

Selamat Datang ke laman blog Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud. Blog ini adalah bertujuaan untuk menyebarkan maklumat tetang Skim Rondaan Sukarela(SRS) dan aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat. Diharapkan kepada semua penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat khasnya mahupun seluruh negara amnya, dapat mengetahui pelbagai berita dan aktiviti serta dapat menjadikan blog ini sebagai satu saluran komunikasi antara penduduk dan Kawasan-Kawasan Rukun tetangga yang lain serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kami amat mengalu-alukan Penduduk KRT Taman Nikmat melayari blog Srs Krt Taman Nikmat Kota Belud ini untuk memperolehi maklumat-maklumat terkini.

"Jiran Sepakat Membawa Berkat"


KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Assalamualaikum... Salam Perpaduan... Salam Satu Malaysia!

Saya mengalu-alukan kedatangan semua Penduduk Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat untuk berkunjung ke setiap program yang dijalan oleh Ahli Jawatan Kuasa KRT Taman Nikmat. Kunjungan saudara-saudara ke Program yang dijalankan akan mengeratkan lagi silaturahim seperti yang dikehendaki oleh setiap penduduk. Aktiviti ini bukan sahaja mewujudkan integrasi antara kaum malah akan membantu kerajaan mencapai matlamat merangsang keharmonian yang sedia ada. Dalam Kesempatan ini, sama-sama lah kita membantu Skim Rondaan Sukarela yang terdapat dalam Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat dan digalakan untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela ini. Jadikanlah kunjungan anda ke aktiviti yang dijalankan oleh Kawasan Rukun Tetangga Taman Nikmat Kota Belud sesuatu yang menyeronokkan.

Sekian.

"Keselamatan Kejiranan Tanggungjawab Bersama"

Mahmudin Hj Md Onon

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga

Taman Nikmat Kota Belud

Sabtu, 8 April 2017

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR KRT TAMAN NIKMAT DENGAN IBUPEJABAT POLIS DAERAH KOTA BELUD SEMPENA HARI POLIS KE 210

Kali ini KRT Taman Nikmat dijemput ke IPD Kota Belud sebagai pasukan jemputan dalam persahabatan perlawanan Bola Tampar bersempena Hari Polis yang Ke-210

Pengerusi KRT Taman Nikmat En Mahamudin Bin Hj. Md. Onon berkata, KRT Taman Nikmat dan IPD Kota Belud sebenarnya telah lama menjadi seperti keluarga besar. Ini kerana sejak penubuhan KRT di Taman Nikmat ini permasalahan seperti kecurian khususnya dapat diatasi. Ahli skim rondaan sukarela (SRS) berkawal demi memastikan keselamatan dan ketenteramaan penduduk. Namun, ia tidak lengkap sekiranya tiada bantuan dan kerjasama dari IPD Kota Belud. Anggota Polis di daerah ini sememangnya harus diberi pujian kerana berusaha apa sahaja dalam membantu penduduk untuk terus berada dalam keeadaan selamat dan sentosa.  “ Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada”. Tema Hari Polis kali ini cukup memberi pencerahaan akan konsistensi bagi setiap anggota Polis khususnya Anggoya IPD Kota Belud.

Hadir sama ke perlawanan persahabatan ini OCPD Zaidi Bin Abdullah. Beliau berkata keamanan dan keselamatan didalam daerah ini khususnya merupakan keutamaan bagi IPD Kota Belud.Bak kata pepatah,  berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tetapi itu bukan menjadi alasan kepada anggota. Orang awam seharusnya juga bekerjasama bersama sama pihak Polis dan menjadikan tema Hari Polis tersemat dihati.

Turut hadir sama ke perlawanan persahabatan ini ialah ASP Shariff Bin Jairiee, INP. Farrid Bin Abd. Rahman, INSP. U. Kasyah B Hasyim, ketua pasukan Pasukan IPD Sjn. D.Zauyzan B. Md. Din, Penyelaras Jiran Muda KRT Taman Nikmat En. Abel Bin Mustapha, En. Jefry Lee Pengerusi Usia Emas dan warga IPD Kota Belud.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan